Monday 7 January 2013

MEMBINA DAN TERUS BINA KASIH SAYANG

 
 
 
Mengapa orang berkasih sayang? Kerana mereka punya hati dan perasaan.
 
Mengapa perhubungan itu kemudian bahagia?
 
Adakah kerana mereka masih berkasih sayang?Yup,Tetapi kerana mereka terus membina  kasih sayang.
 
Berkasih itu mudah, dalam masa 10 minit juga boleh. Tetapi membina kasih sayang itu sangat susah, perlukan waktu...
 
Mengapa  berkasih mudah? Kerana saat itu kita buta, bisu dan tuli terhadap keburukan pasangan.
 
Disinilah terletaknya perbezaan berkasih dan membina kasih sayang. berkasih dalam keadaan menyukai. Namun membina kasih sayang memerlukan dalam keadaan bertolaransi saling memahami konflik dan bersama-sama mencari penyelesaian yang dapat diterima semua pihak.
 
Kasih sayang yang dewasa tak menyimpan rahsia, walaupun mengenai hal sensitif untuk diungkapkan. Namun sepeka apapun masalah itu perlu dibicarakan agar  salah faham tak berlarutan.
 
 
Untuk berjaya dalam pembicaraan adalah, kita harus saling memahami  di antara satu sama lain. Tetapi, Jika kita mementingkan perasaan sendiri, kita akan saling melukai. Jika dibiarkan berlarutan, kita akan saling memusuhan dan perhubungan kasih sayang sudah berubah bukan lagi sebagai suka tetapi duka.
 


Apakah keadaan ini masih boleh diperbaiki?
 
Tentu saja boleh, jika masing-masing mengingati kembali komitmen awal kita dulu, apakah masa dulu kita ingin mencari teman hidup atau musuh hidup. Kalau memang mencari teman hidup kenapa sekarang malah bermusuhan?
 
Mencari teman memang dimulai dengan berkasih. Tetapi sesudah itu, cabaran terbesar adalah membangun SAYANG. Bererti mendewasakan SAYANG sehingga kedua pihak dapat saling bermuhasabah, berunding, menghargai, berkongsi rasa, menopang, setia, mendengarkan, memahami, mengalah dan bertanggung jawab.
 
berkasih sayang? Tidak salah. kerna ianya lahir hati kecil yang baik dan indah kerna kita terus dapat membangunkan  sayang...<3 adeq SAYANG banget sama sis <3




 
 
 

No comments:

Post a Comment