Monday 16 January 2012

UNTUK SUAMI

Berhias
Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala rambutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.

Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.


Sabda Rasulullah SAW:
“Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana, kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.






Melayani
Hubungan seks merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya .

Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sakit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara’ untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.


Friday 13 January 2012

Dianrata ciri-ciri isteri solehah


  • Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak

  • melanggar perintah Allah.
  • Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.

  • Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.

  • Sentiasa menghormati keluarga suami .

  • Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.

  • Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

  • Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.

  • Memakai wangi-wangian di hadapan suami.

  • Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.

  • Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah suami selesai berbicara.

  • Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.

  • Bersikap malu terhadap suami.






  • Wednesday 11 January 2012

    JANGAN NAK MEMILIH SANGAT





    Pada suatu pagi di satu taman, seorang adik bertanya kepada seorang kakak angkat yang sedang menikmati udara sedar. Ketika itu, kakaknya sedang bercerita mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara adik dan kakak tersebut berbunyi begini :




    adik : akak, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?


    Akak : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.


    Adik : Baiklah…apa yang saya harus buat?


    Akak : Kamu pergi ke padang yang berada di sana sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu dan selepas itu bawa balik ke sini.


    Adik : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang akak suruh.
    "pabila adiknya tersebut balik semula ke situ, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka kakak pun bertanya kepada adiknya itu."



    Akak : Mana rumput yang akak suruh petik?


    Adik : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi akak kata petik yang paling cantik. maka, saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu, tapi dah akak cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.



    Akak : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALI jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.











    Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu’anhum.
    Aamiin ya ALLAH......





    Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang,
    Aku berharap
    Jika nanti Allah mempertemukan kita


    Kau akan selalu membimbingku
    Agar aku menjadi insan yang baik
    Yang nantinya akan di syurga
    Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat.


    Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ibu buat anakku
    Jadilah ibu yang boleh mendidik anak kita
    Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat.


    Iaitu anak yang soleh dan solehah
    Yang dapat menjunjung tinggi Agama ALLAH.


    Andai engkau ditakdirkan untukku
    Ku harap kau boleh menjadi menegur buatku dan anakku








    Kau boleh menjadi penasihat yang baik dalam rumah tangga kita

    Kau boleh mencintai aku apa adanya
    Dan boleh mengurus kekuranganku
    Dengan penuh kebijaksanaan yang kau miliki.


    Dan andai aku salah
    Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan


    Andai aku marah
    Belailah aku dengan penuh kasih sayangmu
    Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan


    Andai aku lupa
    Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
    Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita
    .
    Kerana….


    Aku hanya mengharapkan bidadari yang baik dalam rumah tanggaku
    Yang  selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
    Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu
    *Buat bakal BIDADARI Ku

    Tuesday 10 January 2012

    kenyataan

    “Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”

    Monday 9 January 2012

    Lumrah kehidupan di dunia

    aku tetap TERTAWA walau aku sbenarnya ingin MENANGIS..
    aku tetap TERSENYUM walau aku sebenarnya KECEWA..
    aku tetap KUAT walau aku sebenarnya SUDAH NDAK SANGGUP lagi..
    aku tetap SEMANGAT walau aku TERTEKAN oleh masalah..
    dan yang terpenting aku tetap SABAR dan memandang segalanya baik saja
    walau sebenarnya hatiku LEMAH dan sedang TERLUKA..



    ♥Kekasih gelap♥


    suma tahu kisah kita..kawan baik..haha..tu yang mereka sebutkan..

    Fad : wei Mai..
    Mai: apasal?
    Fad: aku ada problem la..
    Mai: apa bro (sengaja di tekan perkataan BRO itu)
    Fad :aku rindu ko ..
    Mai: ko nampak penumbuk aku ni?
    Fad : Ahaha, rilex r makwe..
    Mai: ko ni ape r?? kang si Jue tu cakap ape pulak..
    Fad :hehe

    Fad dan Mai, 2 sahabat baik. Mereka mula menemui keserasian bersama bila terlibat dgn projek Dr Azmer. Fad menggunakan Mai untuk mendekati Jue, seorang gadis paling cantik di fakulti.

    Fad: Jue merajuk dengan aku la..
    Mai: Laa, asal?
    Fad :Aku tak de kedit, tak reply mesej die, pastu tacing lak..
    Mai: LAAA, pasal msej je?
    Fad: Tu r..cmner dok?

    ********************************************
    Ketika Fad skip lecteru , Mai lah yang sanggup mengisi tempat kosong attendance dgn signnya sendiri. Fad tahu ,ketika mereka mula berkenalan dulu Mai pernah meluahkan perasaannya, namun di tolak Fad. Penampilannya yang seperti tomboy dan ringkas sama sekali menjadi sebab Fad menolaknya. Semenjak hari tu Fad seolah2 menggantungkan keputusannya.

    **
    DR AIN: Saya nak awak telefon Fadhli , saya nak dia jelaskan kenapa attendance dia bersign tapi batang hidung die tak de !
    Mai: erkk prof, sebenarnya saya yang salah..
    dr ain : maksud awak? awak jgn nak cuba back up die lagi..
    Mai: saya yang signkan dia ..
    dr ain :ermmm (die mendengus panjang)
    Mai: maafkan saya
    dr ain: awak boleh pergi..
    mai: erkk,,ermm okey
    dr ain: maii...........(panggilnya perlahan)
    sampai bila?? (tanyanya ringkas)
    mai terus tunduk, matanya tertacap ke bumi..

    *****************************************
    Fad: Mai ! ko nak pergi mana ni ! (die meraut tangan Mai apabila melihat ''kekasih gelapnya itu sedang memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta)
    Mai: aku dah decide nak cuti..
    Fad: cuti apa? weii weii, jue marah besar dgn aku !
    Mai memandang Fad dgn jelingan tajam..
    Mai :dia marah sebab aku bagitahu dia yang ...........(wajahnya mula bersalah)
    Fad: bagitahu apa?
    Mai: Yang ko bertaruh dgn Zack nak dptkan Jue........
    Fad : apa !!! Kenapa ko bagitahu dia !! (Fad menggoncang2kan kedua2 bahu Mai)

    Mai mula mengalirkan air mata. Fad terkesima, pertama kali dia melihat Mai menangis.

    Mai: Aku sedar Fad..aku sedar..aku tak cantik mcm Jue..tapi aku manusia yang ada hati dan perasaan ..ko taw, walaupun ko selalu cakap syg dekat aku, aku tetap gembira walaupon tahu ia sekadar main2..aku tahu Fad ! aku tahu !

    fad mula tidak keruan.

    Mai: sejak dari dulu, aku memang cintakan kau ! aku harap kau nampak, tapi ..tapi kau hanya nampak Jue..siapa aku? Siapa aku Fad !! aku ni kekasih gelap kau ke?? aku ni skandel kau ke?

    bila kau perlukan aku, kau cari..tapi bila kau ada jue, kau lupa ..

    aku harap kau bahagia dengan dia..sebab aku sentiasa doakan pakwe aku ni
    bahagia..:') (mai menumbuk lembut ke arah tangan Fad, die beransur pergi)

    ****************
    ke hadapan Maisarah,
    Dah 5 tahun kau pergi ,aku rindu kau sgt2..kau tahu Mai, orang cakap hidup tu membina pengalaman , macam2 aku dah lalui..Jue dah tunang minggu lepas..tapi aku tak sedih..sebab aku tahu, cinta aku bukan di bawa pergi dia, tapi di bawa pergi angin CHIANG MAI..waktu kau tak de, aku mula sedar, betapa sunyinya hidup aku tanpa kau..kau ingat, aku selalu khianat letak cili api banyak2 dalam maggie ko, berair2 mata ko tahan, huhu, :) ..

    mai, aku harap kalau kau baca surat ni, aku nak kau tahu, selama ni aku yang terperangkap dalam kegelapan..kerana tak melihat sesiapa kekasih aku yang sebenarnya berada di hadapan aku..
    -Fad

    *rekaan semata-mata :)>-

    TANGGUNGJAWAB

    kau tetap dalam anganku

    Kau buat malamku jadi gerhana Dan hidupku tiada maknanya
    Hanya bernyawa namun tak bermaya

    Terkadang aku merasa menyesal, Kerna telah sehabis daya, Aku cinta dirimu ooh kasih
    Akhirnya aku sendiri Tersisih... 8->