Wednesday 9 January 2013

Terlalu Menyayangi Mu




Kenapa aku menjadi lemah. Bersedih setiap hari mengelamun membawa hati, entah kemana ini terjadi, kenapa harus terjadi  begini. Larut dalam kesedihan yang tidak berkesudahan, membuat tubuh aku lemah dan tidak kuat bertahan.
 
Aku kena kuat menghadapi semua ini. Selalu berfikir bahawa soal kasih & sayang. Kalau sekarang belum lagi ada jawapan yang hadir menyapa dengan senyuman manisnya, aku yakin satu saat nanti akan tiba. Dia akan hadir dengan kasih sayang yang selalu aku nantikan, Menambat hati kepada pemegang hidup. Moga-moga Rasa gelisah, gundah dan sdey kan  ini akan terubat.
“Aku harus kuat, dan sentiasa akan kuat”
Katalah  itu dengan tatapan tajam ke cermin, genggam tangan dan tetaplah optimis. Air mata bolehlah keluar, kerana penantian yang tiada kesudahan. Tapi air mata itu bukan air mata lemah atau cembeng yang mudah sekali menitik. Namun air mata itu adalah air mata harapan, yang akan menampung semangat aku  untuk tetap bertahan.
 
Aku bukan generasi yang mudah putus asa or pasrah. Semangat yang aku miliki akan selalu mekar di jiwa yang  aku miliki. Harapan aku bukalah harapan yang main-main. Aku akan berharap pada insan yang aku harapkan, Jesteru harapan ku kepada insan yang aku sayangi  akan menjadi bara api dalam hati yang selalu memotivasikan hati ku ini..
 
Tidak semua orang perlu tahu keadaan aku. Jadi tidak perlu aku bercerita ke sana ke mari masalah yang aku hadapi. Aku  hanya akan menyampaikan di dalam sedalam-dalam hati ku ini. Berderai air mata tercurah, harapan yang begitu besar tertambat, hanya untuk  si dye ku nantikan......kerna aku terlalu sayang kepadanya lebih dari diri ku sendiri...
 
 
 
 
 
sesekali bercerita kepada blog yang tiada siapa akan tahu, tapi BUKAN  kepada setiap orang. Kerna orang lain yang mendengarnya tidak akan melupakannya. <3 Adeq sayang banget sama sis <3

Monday 7 January 2013

MEMBINA DAN TERUS BINA KASIH SAYANG

 
 
 
Mengapa orang berkasih sayang? Kerana mereka punya hati dan perasaan.
 
Mengapa perhubungan itu kemudian bahagia?
 
Adakah kerana mereka masih berkasih sayang?Yup,Tetapi kerana mereka terus membina  kasih sayang.
 
Berkasih itu mudah, dalam masa 10 minit juga boleh. Tetapi membina kasih sayang itu sangat susah, perlukan waktu...
 
Mengapa  berkasih mudah? Kerana saat itu kita buta, bisu dan tuli terhadap keburukan pasangan.
 
Disinilah terletaknya perbezaan berkasih dan membina kasih sayang. berkasih dalam keadaan menyukai. Namun membina kasih sayang memerlukan dalam keadaan bertolaransi saling memahami konflik dan bersama-sama mencari penyelesaian yang dapat diterima semua pihak.
 
Kasih sayang yang dewasa tak menyimpan rahsia, walaupun mengenai hal sensitif untuk diungkapkan. Namun sepeka apapun masalah itu perlu dibicarakan agar  salah faham tak berlarutan.
 
 
Untuk berjaya dalam pembicaraan adalah, kita harus saling memahami  di antara satu sama lain. Tetapi, Jika kita mementingkan perasaan sendiri, kita akan saling melukai. Jika dibiarkan berlarutan, kita akan saling memusuhan dan perhubungan kasih sayang sudah berubah bukan lagi sebagai suka tetapi duka.
 


Apakah keadaan ini masih boleh diperbaiki?
 
Tentu saja boleh, jika masing-masing mengingati kembali komitmen awal kita dulu, apakah masa dulu kita ingin mencari teman hidup atau musuh hidup. Kalau memang mencari teman hidup kenapa sekarang malah bermusuhan?
 
Mencari teman memang dimulai dengan berkasih. Tetapi sesudah itu, cabaran terbesar adalah membangun SAYANG. Bererti mendewasakan SAYANG sehingga kedua pihak dapat saling bermuhasabah, berunding, menghargai, berkongsi rasa, menopang, setia, mendengarkan, memahami, mengalah dan bertanggung jawab.
 
berkasih sayang? Tidak salah. kerna ianya lahir hati kecil yang baik dan indah kerna kita terus dapat membangunkan  sayang...<3 adeq SAYANG banget sama sis <3