Wednesday 24 October 2012

Qasih cinta abang kerna ALLAH




          Nur Qasih termenung menerusi jendela.Menikmati hujan yang
rintik-rintik di luar.Menikmati keindahan alam ciptaan Allah.Sesekali
terdengar keluhan terbit dari mulut wanita tersebut.Seolah-olah sedang
menanggung masalah yang begitu besar.
Tiba-tiba terdengar ketukan pintu dari luar.Dengan pantasnya, Nur
Qasih berlari-lari membuka pintu.Muncullah wajah yang
dinanti-nanti.Wajah suaminya Ahmad Zuhairie.


“Assalamualaikum abang.Maaf ye nur tak dengar abang ketuk pintu tadi...
Lama ke abang ketuk pintu?”Tanya nur Qasih selepas menyalami suaminya.

“Awak buat apa tadi?.Berangan lagi lah tu.Tak abis2 berangan.Saya
balik pun awak boleh tak sedar.”


“Maaflah abang.Nur tak sangka abang balik awal hari ni.Maaf ye
bang.Abang nak air,nur buatkan”


“Tak yah lah.Abang nak mandi.Awak pergilah sambung berangan. ”Jawab Zuhairie

Sejak akhir-akhir ni entah mengapa ada sahaja kesalahan nur qasih
dimatanya.Kadang kala timbul juga rasa penyesalan di hati kerana
marah2 tanpa sebab,tapi mengingatkan perangai nur qasih yang sentiasa
bersabar dengannya membuatkan dia lebih mengambil sikap tidak ambil
kisah.


“Kenapalah aku asyik nak marah si nur tu.Dia lambat bukak pintu je
pun.Entahla,kesian jugak kadang aku tengok. Lantaklah sape suruh
asyik berangan je kejenya.Dari dulu sampai sekarang tak pernah nak
berubah.”bisik hati Zuhairie


Di dapur ,kelihatan Nur Qasih sedang sibuk memanaskan lauk pauk dan
menghidangkannya di atas meja.Setelah selesai menghidangkan makanan,
Nur  Qasih duduk sambil menunggu suaminya.Serentak itu,kenangan lalu
menerjah di ruang fikiran Masuk tahun ini,genaplah tiga tahun usia
perkahwinan mereka.Ahmad Zuhairie dikenalinya sejak di bangku
pengajian lagi.Nur  Qasih adalah pelajar baru di IPTA itu.

Dia berpindah ke Melaka kerana mengikut ayahnya yang di tugasakan
di sini. disitulah detik-detik pertemuan antara dia dengan  Ahmad Zuhairie.




          Kelas designer ART memberi berjuta memori buat Nur Qasih.Tidak
disangka dia dan Zuhairie akan menjadi teman yang sangat
rapat. Baginya, Zuhairie  adalah anugerah dari Allah yang paling indah
disaat hatinya betul-betul memerlukan seseorang.

Zuhairie adalah seorang yang sangat nakal dan gila-gila walau pada
mulanya dia nampak seperti seorang yang pendiam... Tempat duduk yang
paling belakang adalah kegemaran dia. Disitulah tempat dia
melayan perasaan sambil memerhatikan kawan-kawannya..Mungkin
kerana itu, pada mulanya nur qasih menganggap yang Zuhairie seorang yang
pendiam.
 
Walaupun Lapan tahun telah berlalu. rasa kasihnya pada lelaki itu tetap sama.
Lelaki yang peramah, pandai berjenaka, mempunyai karisma sebagai seorang ketua
dan sangat caring...Lelaki inilah yang telah mencuri hatinya.
Tetapi sejak akhir-akhir ni semuanya tidak seperti dulu. Suaminya
selalu marah-marah.Membuat dia buntu memikirkan apa sebabnya.


 “Hai kat meja makan pun nak berangan lagi ke? ”Tanya Zuhairie

“Maaf bang.Nur tunggu abang tadi.”Jawab nur.”Jom makan abg.Nur masak
lauk kegemaran abang,daging masak merah.Abang suka kan.”


“Emm bolehlah..jom lah makan”balas Zuhairie

“Abang tau tak tadi nur tengok ada cerita baru tau kat tv.jalan cerita
dia best lah.pelakon pon hensem and cantik.Cuba abang teka cerita
ape??”


“Emm cerita ape??.Ntah malas lah nk teka-teka ni.”Jawab Zuhairie.

”Perempuan ni tak abislah asyik nak tanya aku benda yang
sama.Bosanlah.Suruh teka cerita apelah.Mcm budak-budak.macamlah tak de
benda lain nak tanya.Rimas tol aku.”bisik hati Zuhairie.


“Ala abang tekalah.Nanti tak suprise”jawab qasih

“Abang tak tau lah!!..bley tak awak masa makan jgn nak bercakap.Nak
makan pun boleh hilang selera tau camni.”


“Maaf bang.Nur tak cakap lagi.Kita makan dulu eh.Abang janganlah marah..”

“ok”balas Zuhairie




          Selesai makan dan membasuh pinggan,nur qasih mencari kelibat
suaminya.Dilihat suaminya sedang asyik menghadap handphone sambil
menaip mesej. Sejak akhir ni kelihatan suaminya seperti tidak boleh
langsung berenggang dengan handphone.

“Abang buat apa tu?”Tanya Qasih

“Tak Nampak ke?..Tengah taip mesejlah”

“Boleh tak nur tanya sesuatu”

“Emm tanyalah ??”

“Abang mesej dengan sape ye?”

Irfan diam.Pertanyaan Amirah dibiarkan sepi tidak berbalas.

“Abang,nur tanya ni.Abang,  jujurlah dengan nur”

“Okeylah.Awak nak tau sangat kan.Dengan awek”

Tersentak nur qasih mendengar pengakuan Zuhairie seperti hendak
gugur jantungnya.Hatinya terasa panas mendengar kata-kata Irfan.


“Sampai hati abang buat nur camni. Nur setia dengan abang. Sayang abang,
 ini ke balasan abang pada nur”

“Saya malas nak komen ape-ape. Awak boleh fikir apa awak nak fikir.Tapi
saya ada fikiran saya sendiri dan apa yang saya rasa sendiri. Orang
lain takkan faham dan tahu.Okeylah saya nak keluar”


“Abang nak pegi mana.Abang….”









          Nur Qasih menangis teresak-esak. Dia menalifon Zuhairie
berkali-kali.Tapi hanya operate voice mail yang jawab.

“Abang,nur minta maaf sebab tinggikan suara tadi. Nur tak sengaja.nur
Cuma rasa marah dan terkejut sangat.Abang maafkan nur..”


“Ya Allah,sesungguhnya aku tak bermaksud untuk membuat begitu.Ya Allah
kuatkanlah hati hambamu ini.Mungkin perkara ini terjadi kerana
kekhilafanku sendiri.Mungkin aku yang tak sempurna untuknya hingga dia
mencari yang lain ” bisik hati Qasih.


Semalaman Qasih menungu Zuhairie hingga terlelap. Keesokan pagi
dilihatnya  Zuhairie telah pergi berkerja awal pagi tanpa
mengejutkannya. Sayu hati  Qasih. Malam itu sekali lagi Qasih setia
menunggu suaminya dan terlelap juga... Sekali lagi  Qasih menunggu

hingga terlelap dan terjaga.. Jam menunjukkan pukul 3 pagi.Lega hati qasih
melihat Zuhairie telah pulang dan tidur dengan lenanya.Terus Qasih
mengambil air semayang dan menunaikan solat tahajjud memohon agar
rumah tangganya dilindungi Allah.


Selesai solat Qasih merenung wajah suami yang dikasihinya. Kasihnya
tetap mendalam walau mungkin hati suaminya bukan padanya lagi.Qasih
mengambil satu kertas lantas ditulis

Buat suamiku Ahmad Zuhairie,
Abang,nur minta maaf andai selama dengan nur abang merasakan nur tak
memberikan yang terbaek.Sejuta keampunan nur panjatkan pada abang atas
ketidaksabaran nur dalam menghadapi masalah dan ujian ini.Nur bukan
isteri seperti saidatina Fatimah r.a,puteri nabi tapi nur cumalah
isteri di akhir zaman ini.Seorang isteri yang sentiasa belajar dan
cuba bagaimana untuk menjadi isteri solehah.Ketidaksempurnaan nur
telah melukakan abang tanpa nur sedari dan kalaulah abang tau betapa
ianya melukakan hati nur kerana tidak dapat menjadi isteri yang
sempurna pada abang.Abang kalau abang izinkan untuk memberi nur
sedikit masa lagi,nur akan cuba abang untuk menjadi lebih baek.Nur
tetap akan sayang Abang selamanya hingga ke syurga.

 
Sincerely,
Nur Qasih
Zuhairie masuk ke bilik dengan perlahan-lahan.Tidak mahu mengejutkan
isterinya yang sedang tidur.Sudah 3 bulan dia tidak bercakap dengan
isterinya itu.Timbul rasa penyesalan yang amat sangat.Wanita yang yang
dimesejnya mana mungkin dapat menandingi isterinya nur qasih. Entah
apa yang menghasut fikirannya kala itu hingga sanggup melukakan hati
isterinya sendiri.Wanita yang sudah lapan tahun dikenalinya.Surat yang
ditulis isterinya berkali-kali telah dibacanya.Rasa sebak didada
setiap kali membacanya.


Perlahan Zuhairie menghampiri isterinya.Tanpa disedari Nur Qasih tersedar
dari tidur.


”Abang dah balik.Maaflah nur tertidur dulu.Tadi tunggu abang tapi
tertidur.. Ingat nak call abang tapi takut nanti abang serabut dengan
nur. Abang nak makan.Kalau nak nur panaskan lauk”.


”Tak pe abang tak rasa nak makan pun...Nur, abang nak minta maaf dengan
nur.Banyak dosa abang pada nur.”


”Kenapa ni bang, jangan cakap camtu.Nur pun banyak salah pada abang”.

”Abang seyes ni nur..Abang betol-betol nak minta maaf”.

”Abang dah lah...nur dah lama maafkan abang.Tak ade dosa abang pun pada nur”.

”Terima kasih nur. Nur boleh abang Tanya sesuatu? Kenapa nur sayang
sangat kat abang? Abang dah buat macam-macam pun, cinta nur tetap untuk
abang? .


”Sebab nur cinta abang kerana ALLAH. Sebab cinta nur pada abang bukan
pada kelebihan abang saja tapi, nur cinta kekurangan abang.Kalau nur
cinta kelebihan abang je, nanti abang dah bukan suami yang nur
cinta lah.Nanti da jadi orang lain.Nur tak nak lah camtu.Nur nak cinta
abang je..hehe”gurau amirah.


”Hehe..yelah sayang. Abang akan cinta nur kerana ALLAH jugak pasni
ye”balas Zuhairie.

.
Ya Allah sesungguhnya inilah saat yang ku harapkan.Muga saat ini akan
kekal selamanya.Berkatilah perkahwinan kami ya Allah.Campakkanlah rasa
kasih dan cinta kepada hati kami supaya rasa ini dapat kekal selamanya
hingga ke syurga.

Amin [-O<





 

Monday 22 October 2012

Duhai hati......

 
Sejauh mana ku mengenang kisah semalam,

Setinggi mana harapan ku sasarkan,

Sekuat mana kasih ku curahkan,

Seteguh mana setia ku pertahankan,



Usahlah...

Tertipu dengan fatamorgana dunia,

Menggadai maruah demi pujian mereka,

Terkapai-kapai dalam ikatan yang dusta,

Mengundang kemurkaan Maha Kuasa,



Rinduku,

Ku curahkan pada bunga idaman,

Tiada ku lihat namun tetap terpendam,

Bukan api dalam serkam,

Hanya fitrah tanpa dendam,



Duhai Hati,

Biarlah semekar kelopak mawar,

Mengamit mencuit hatiku,

Memikat ribuan kumbang,

Namun ku tahu,

Bunga yang berduri teguh berdiri,

Mekar mewangi demi Taman Firdausi…..






*Sekadar coretan ku untuk kita bersama*

Wednesday 17 October 2012

Hati ini masih lagi sakit, Masih lagi sedihan....

Seorang insan yang remaja, yang dulu dikenali dengan insan yang lincah, periang, lasak, manja, yang suka bersosial bersama rakannya, mula berubah menjadi impian setiap insan, selepas mengenali seseorang. Kini tutur bicaranya di susun lembut, semakin pemalu dan amalannya juga dijaga. Yang wajib didahulukan, yang sunat diperbanyakkan, yang haram dijauhkan, yang mudarat dielakkan.
 
Dia juga sanggup meninggalkan kekasih yang dahulunya pernah menjadi insan yang terpenting dalam hidupnya, Yang sering menemaninya ke mana saja mahu pun tempat-tempat yg mungkar. Dan mendekatkan dirinya dengan yang Maha Pencipta. Tangan yang penuh dosa itu, dihulur olehnya, diterima seadanya. Akhirnya rebah juga dia dengan cinta. Ternyata dialah insan yg dicari selama ini. Insan yang menjadi impian setiap insan untuk mendapatkan pasangan yang solehah/soleh. Tiada siapa yang mampu menolaknya.
 
Bahagia itu semakin dicipta. Hari demi hari aku semakin mengenali agamaku yang dulu seperti samar – samar dan kabur. Hati yang dulu sering gundah kini semakin tenang bersamanya. Dia juga banyak mengajar aku untuk mendahulukan perkara yang wajib, memberi ku semangat baru agar aku tidak lagi seperti dulu. Memberi aku harapan bahawa setiap insan juga punya kisah silam.
 
Itulah yang dinamakan pengalaman dalam mengajar erti kehidupan. Terukir senyuman disetiap hariku. Biarpun kami jauh, biar lautan memisahkan kami, namun kami cuba untuk selalu terasa dekat. Dia juga sering menasihatkan aku supaya sentiasa sabar dengan setiap dugaan dan ujian dari ALLAH. Sesungguhnya ALLAH bukan saja – saja menguji hambaNya.
 
Namun, setiap permulaan itu diiringi dengan pengakhiran. Dia yang aku sayangi telah dijodohkan dengan pilihan keluarganya. Aku tidak mampu untuk menghalang kebahagian itu. ALLAH benar – benar menguji aku, sungguh kadang diri terasa tidak terdaya, terasa seperti hendak mati. Air mata itu mengalir juga. Membasahi pipi hari demi hari. Mencari dimana silap diri. Apakah ini yang dinamakan ujian ALLAH, aku tidak layak untuk mempersoalkan, inilah yang harus aku tempuhi. Demi membuktikan yang aku tidak lagi seperti yang dulu.
 
Bangun lah wahai diri. Bangun lah, ALLAH Maha Mengetahui, ALLAH tidak akan menguji hambanya melebihi dari kemampuan hambaNya. ALLAH sayang pada hambaNya yang sabar, banyakkan berselawat. Ingatlah bahawa dengan DIA kita datang, dengan DIA jualah kita pergi...
 
Alhamdulillah, walaupun hati ini masih lagi sakit, masih lagi dalam kesedihan. Tapi dugaan itu diharungi dengan tenang. Walaupun tidak setenang air dialutan. Air mata itu mampu juga dihalang. Semoga apa yg telah aku pelajari dapat diperaktikkan. Dapat mengukuhkan lagi IMAN dan AKIDAH aku. Biarlah apa yang berlaku, ku serahkan pada yang Maha Pencipta untuk menuntukkan.
Aku akan kuat, aku akan tabah. Dan inilah dinamakan cintaku tidak akan melebihi dari cinta ku kepada Sang Pencipta. Kenangan tetap kenangan, dan akan ku ukir dengan senyuman dan diiringi doa kebahagian buat mereka....
 
 
 

Monday 15 October 2012

Tahanlah Hatimu,Tahanlah Perasaanmu

Jika perasaan itu tidak tertahan lagi,curahkan segala isi hatimu tentang cinta,rindu,tentang do'a dan harapanmu pada ALLAH AZZA WA JALLA.

Dan simpanlah warkah yg tidak beralamat itu sebaik mungkin.Apabila tiba saatnya kamu disatukan,maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya.dia pasti ba...hagia menerimanya,tetapi jika waktu itu belum tiba...

Biarlah ia menjadi Rahasia antara dirimu dan Sang Pencipta saja, karana kelak jika dia bukan milikmu,biarlah ALLAH AZZA WA JALLA yg mengatur semuanya sehingga keindahan itu datang pada waktunya..

Kita Tidak Pernah menerima apa Yang Kita minta..Namun ALLAH AZZA WA JALLA selalu memberi apa Yang kita Perlukan,

Sahabat...Saat Kita memohon kepada ALLAH AZZA WA JALLA Bantuan,ALLAH AZZA WA JALLA Memberi Kita Kesempatan..

Sahabat...Saat Kita memohon Kepada ALLAH AZZA WA JALLA Sebuah Cinta,ALLAH AZZA WA JALLA Menghadirkan,Seseorang bermasalah untuk kita tolong..

Sahabat....Saat kita memohon kepada ALLAH AZZA WA JALLA Keberanian..ALLAH AZZA WA JALLA Hadiahkan Kita suatu kondisi yang berbahaya untuk Kita atasi.

Sahabat...Saat Kita Memohon kepada ALLAH AZZA WA JALLA Kekuatan..ALLAH AZZA WA JALLA Anugerahkan Ujian dan Cobaan agar Kita menjadi Kuat..

Sahabat....Saat Kita memohon kepada ALLAH AZZA WA JALLA kesejahteraan..ALLAH AZZA WA JALLA Menyediakan Akal untuk Kita Berfikir..

Sahabat...Saat Kita MeMohon Kebijaksanaan,ALLAH AZZA WA JALLA karuniakan Masalah untuk Kita pecahkan,"Maka NIkmat ALLAH yang Mana Yang Kamu Dustakan?"{Ar-Rahman}.