Wednesday 24 October 2012

Qasih cinta abang kerna ALLAH




          Nur Qasih termenung menerusi jendela.Menikmati hujan yang
rintik-rintik di luar.Menikmati keindahan alam ciptaan Allah.Sesekali
terdengar keluhan terbit dari mulut wanita tersebut.Seolah-olah sedang
menanggung masalah yang begitu besar.
Tiba-tiba terdengar ketukan pintu dari luar.Dengan pantasnya, Nur
Qasih berlari-lari membuka pintu.Muncullah wajah yang
dinanti-nanti.Wajah suaminya Ahmad Zuhairie.


“Assalamualaikum abang.Maaf ye nur tak dengar abang ketuk pintu tadi...
Lama ke abang ketuk pintu?”Tanya nur Qasih selepas menyalami suaminya.

“Awak buat apa tadi?.Berangan lagi lah tu.Tak abis2 berangan.Saya
balik pun awak boleh tak sedar.”


“Maaflah abang.Nur tak sangka abang balik awal hari ni.Maaf ye
bang.Abang nak air,nur buatkan”


“Tak yah lah.Abang nak mandi.Awak pergilah sambung berangan. ”Jawab Zuhairie

Sejak akhir-akhir ni entah mengapa ada sahaja kesalahan nur qasih
dimatanya.Kadang kala timbul juga rasa penyesalan di hati kerana
marah2 tanpa sebab,tapi mengingatkan perangai nur qasih yang sentiasa
bersabar dengannya membuatkan dia lebih mengambil sikap tidak ambil
kisah.


“Kenapalah aku asyik nak marah si nur tu.Dia lambat bukak pintu je
pun.Entahla,kesian jugak kadang aku tengok. Lantaklah sape suruh
asyik berangan je kejenya.Dari dulu sampai sekarang tak pernah nak
berubah.”bisik hati Zuhairie


Di dapur ,kelihatan Nur Qasih sedang sibuk memanaskan lauk pauk dan
menghidangkannya di atas meja.Setelah selesai menghidangkan makanan,
Nur  Qasih duduk sambil menunggu suaminya.Serentak itu,kenangan lalu
menerjah di ruang fikiran Masuk tahun ini,genaplah tiga tahun usia
perkahwinan mereka.Ahmad Zuhairie dikenalinya sejak di bangku
pengajian lagi.Nur  Qasih adalah pelajar baru di IPTA itu.

Dia berpindah ke Melaka kerana mengikut ayahnya yang di tugasakan
di sini. disitulah detik-detik pertemuan antara dia dengan  Ahmad Zuhairie.




          Kelas designer ART memberi berjuta memori buat Nur Qasih.Tidak
disangka dia dan Zuhairie akan menjadi teman yang sangat
rapat. Baginya, Zuhairie  adalah anugerah dari Allah yang paling indah
disaat hatinya betul-betul memerlukan seseorang.

Zuhairie adalah seorang yang sangat nakal dan gila-gila walau pada
mulanya dia nampak seperti seorang yang pendiam... Tempat duduk yang
paling belakang adalah kegemaran dia. Disitulah tempat dia
melayan perasaan sambil memerhatikan kawan-kawannya..Mungkin
kerana itu, pada mulanya nur qasih menganggap yang Zuhairie seorang yang
pendiam.
 
Walaupun Lapan tahun telah berlalu. rasa kasihnya pada lelaki itu tetap sama.
Lelaki yang peramah, pandai berjenaka, mempunyai karisma sebagai seorang ketua
dan sangat caring...Lelaki inilah yang telah mencuri hatinya.
Tetapi sejak akhir-akhir ni semuanya tidak seperti dulu. Suaminya
selalu marah-marah.Membuat dia buntu memikirkan apa sebabnya.


 “Hai kat meja makan pun nak berangan lagi ke? ”Tanya Zuhairie

“Maaf bang.Nur tunggu abang tadi.”Jawab nur.”Jom makan abg.Nur masak
lauk kegemaran abang,daging masak merah.Abang suka kan.”


“Emm bolehlah..jom lah makan”balas Zuhairie

“Abang tau tak tadi nur tengok ada cerita baru tau kat tv.jalan cerita
dia best lah.pelakon pon hensem and cantik.Cuba abang teka cerita
ape??”


“Emm cerita ape??.Ntah malas lah nk teka-teka ni.”Jawab Zuhairie.

”Perempuan ni tak abislah asyik nak tanya aku benda yang
sama.Bosanlah.Suruh teka cerita apelah.Mcm budak-budak.macamlah tak de
benda lain nak tanya.Rimas tol aku.”bisik hati Zuhairie.


“Ala abang tekalah.Nanti tak suprise”jawab qasih

“Abang tak tau lah!!..bley tak awak masa makan jgn nak bercakap.Nak
makan pun boleh hilang selera tau camni.”


“Maaf bang.Nur tak cakap lagi.Kita makan dulu eh.Abang janganlah marah..”

“ok”balas Zuhairie




          Selesai makan dan membasuh pinggan,nur qasih mencari kelibat
suaminya.Dilihat suaminya sedang asyik menghadap handphone sambil
menaip mesej. Sejak akhir ni kelihatan suaminya seperti tidak boleh
langsung berenggang dengan handphone.

“Abang buat apa tu?”Tanya Qasih

“Tak Nampak ke?..Tengah taip mesejlah”

“Boleh tak nur tanya sesuatu”

“Emm tanyalah ??”

“Abang mesej dengan sape ye?”

Irfan diam.Pertanyaan Amirah dibiarkan sepi tidak berbalas.

“Abang,nur tanya ni.Abang,  jujurlah dengan nur”

“Okeylah.Awak nak tau sangat kan.Dengan awek”

Tersentak nur qasih mendengar pengakuan Zuhairie seperti hendak
gugur jantungnya.Hatinya terasa panas mendengar kata-kata Irfan.


“Sampai hati abang buat nur camni. Nur setia dengan abang. Sayang abang,
 ini ke balasan abang pada nur”

“Saya malas nak komen ape-ape. Awak boleh fikir apa awak nak fikir.Tapi
saya ada fikiran saya sendiri dan apa yang saya rasa sendiri. Orang
lain takkan faham dan tahu.Okeylah saya nak keluar”


“Abang nak pegi mana.Abang….”









          Nur Qasih menangis teresak-esak. Dia menalifon Zuhairie
berkali-kali.Tapi hanya operate voice mail yang jawab.

“Abang,nur minta maaf sebab tinggikan suara tadi. Nur tak sengaja.nur
Cuma rasa marah dan terkejut sangat.Abang maafkan nur..”


“Ya Allah,sesungguhnya aku tak bermaksud untuk membuat begitu.Ya Allah
kuatkanlah hati hambamu ini.Mungkin perkara ini terjadi kerana
kekhilafanku sendiri.Mungkin aku yang tak sempurna untuknya hingga dia
mencari yang lain ” bisik hati Qasih.


Semalaman Qasih menungu Zuhairie hingga terlelap. Keesokan pagi
dilihatnya  Zuhairie telah pergi berkerja awal pagi tanpa
mengejutkannya. Sayu hati  Qasih. Malam itu sekali lagi Qasih setia
menunggu suaminya dan terlelap juga... Sekali lagi  Qasih menunggu

hingga terlelap dan terjaga.. Jam menunjukkan pukul 3 pagi.Lega hati qasih
melihat Zuhairie telah pulang dan tidur dengan lenanya.Terus Qasih
mengambil air semayang dan menunaikan solat tahajjud memohon agar
rumah tangganya dilindungi Allah.


Selesai solat Qasih merenung wajah suami yang dikasihinya. Kasihnya
tetap mendalam walau mungkin hati suaminya bukan padanya lagi.Qasih
mengambil satu kertas lantas ditulis

Buat suamiku Ahmad Zuhairie,
Abang,nur minta maaf andai selama dengan nur abang merasakan nur tak
memberikan yang terbaek.Sejuta keampunan nur panjatkan pada abang atas
ketidaksabaran nur dalam menghadapi masalah dan ujian ini.Nur bukan
isteri seperti saidatina Fatimah r.a,puteri nabi tapi nur cumalah
isteri di akhir zaman ini.Seorang isteri yang sentiasa belajar dan
cuba bagaimana untuk menjadi isteri solehah.Ketidaksempurnaan nur
telah melukakan abang tanpa nur sedari dan kalaulah abang tau betapa
ianya melukakan hati nur kerana tidak dapat menjadi isteri yang
sempurna pada abang.Abang kalau abang izinkan untuk memberi nur
sedikit masa lagi,nur akan cuba abang untuk menjadi lebih baek.Nur
tetap akan sayang Abang selamanya hingga ke syurga.

 
Sincerely,
Nur Qasih
Zuhairie masuk ke bilik dengan perlahan-lahan.Tidak mahu mengejutkan
isterinya yang sedang tidur.Sudah 3 bulan dia tidak bercakap dengan
isterinya itu.Timbul rasa penyesalan yang amat sangat.Wanita yang yang
dimesejnya mana mungkin dapat menandingi isterinya nur qasih. Entah
apa yang menghasut fikirannya kala itu hingga sanggup melukakan hati
isterinya sendiri.Wanita yang sudah lapan tahun dikenalinya.Surat yang
ditulis isterinya berkali-kali telah dibacanya.Rasa sebak didada
setiap kali membacanya.


Perlahan Zuhairie menghampiri isterinya.Tanpa disedari Nur Qasih tersedar
dari tidur.


”Abang dah balik.Maaflah nur tertidur dulu.Tadi tunggu abang tapi
tertidur.. Ingat nak call abang tapi takut nanti abang serabut dengan
nur. Abang nak makan.Kalau nak nur panaskan lauk”.


”Tak pe abang tak rasa nak makan pun...Nur, abang nak minta maaf dengan
nur.Banyak dosa abang pada nur.”


”Kenapa ni bang, jangan cakap camtu.Nur pun banyak salah pada abang”.

”Abang seyes ni nur..Abang betol-betol nak minta maaf”.

”Abang dah lah...nur dah lama maafkan abang.Tak ade dosa abang pun pada nur”.

”Terima kasih nur. Nur boleh abang Tanya sesuatu? Kenapa nur sayang
sangat kat abang? Abang dah buat macam-macam pun, cinta nur tetap untuk
abang? .


”Sebab nur cinta abang kerana ALLAH. Sebab cinta nur pada abang bukan
pada kelebihan abang saja tapi, nur cinta kekurangan abang.Kalau nur
cinta kelebihan abang je, nanti abang dah bukan suami yang nur
cinta lah.Nanti da jadi orang lain.Nur tak nak lah camtu.Nur nak cinta
abang je..hehe”gurau amirah.


”Hehe..yelah sayang. Abang akan cinta nur kerana ALLAH jugak pasni
ye”balas Zuhairie.

.
Ya Allah sesungguhnya inilah saat yang ku harapkan.Muga saat ini akan
kekal selamanya.Berkatilah perkahwinan kami ya Allah.Campakkanlah rasa
kasih dan cinta kepada hati kami supaya rasa ini dapat kekal selamanya
hingga ke syurga.

Amin [-O<





 

No comments:

Post a Comment